Masjid Al-Muhsinin Kg. Raja
         
    Welcome!    Register now    Login
image1
Login
Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!

SISTEM A-QARYAH

SISTEM E-GURU

MENU UTAMA
ALBUM MASJID
NIKAH,CERAI,RUJUK | Panduan Kenduri

Panduan Kenduri

PANDUAN KENDURI   

1.           Hukum kenduri (walimah) adalah sunat kepada suami dan lainnya. Afdhal diadakan pada malam dan hari Jumaat. Ia adalah sunnah nabi s.a.w. bukan adat Melayu. Oleh itu ia hendaklah dibuat menurut peraturan agama dan jangan ada perkara yang bertentangan dengan hukum Syarak.

2.           Kenduri hendaklah diadakan dengan niat menyahut seruan nabi s.a.w: "Buatlah kenduri walau dengan seekor kambing biri-biri". Hukumnya sunat sahaja bukanlah wajib. Ketiadaan kenduri tidak mencacatkan perkahwinan tetapi kenduri yang dicampuradukkan dengan perkara yang bertentangan dengan Syarak akan mencatatkan perkahwinan dan mengundang kemurkaan Allah.
  
 

3.           Kenduri secara sederhana dan mengikut kemampuan tanpa berhutang.
  
 

4.           Hendaklah menjemput teteamu secara khusus sama ada dengan lisan atau kad jemputan. Jemputan secara khusus, wajib dihadiri. Jemputan secara umum seperti membuat pengumuman di masjid tidak wajib dihadiri.   

5.           Tidak mengkhususkan jemputan kepada orang kaya.   

6.           Tidak terdapat perkara yang mungkar atau haram seperti:-   

à  Bersanding (sebab mempertonton isteri kepada orang, mendedahkan aurat, pembaziran, menjatuhkan imej/maruah )   

à  Mendedahkan aurat sama ada pengantin atau ahli keluarga.   

à  Percampuran bebas lelaki dan perempuan. Asingkan tempat makan lelaki dan perempuan.   

à  Muzik dan lagu-lagu yang diharamkan agama.   

7.           Mewujudkan sikap bekerjasama, tolong menolong, menghubungkan serta mengeratkan silatur rahim dan menghidupkan amalan gotong royong dari awal hingga selesai.   

KAD KENDURI   

Ø      Jemputan secara lisan lebih kuat menurut Syarak dari kad jemputan. Jadikan kad jemputan hanya sebagai satu peringatan.   

Ø      Dalam kad jemputan jangan gunakan bismillah atau lafaz salam dalam bahasa Arab kerana mengadungi nama Allah yang suci. Tidak boleh dibuang merata-rata.


 MAHAR ATAU MAS KAHWIN   

 

 

q       Mahar ialah sesuatu benda yang bernilai yang wajib diberikan oleh suami selepas akad nikah. Hukumnya adalah wajib. 

q       Sebaik-baiknya tiada belanja. Hanya mahar atau mas kahwin sahaja. 

q       Perbezaan mahar dengan belanja:   

Ø      Mahar adalah mengikut hukum agama manakala belanja adalah mengikut adat. Tidak wajar hukum agama direndahkan manakala adat ditinggikan dan tidak sepatutnya mahar rendah sebaliknya belanja yang tinggi yang menyusahkan perlaksanaan perkahwinan.   

Ø      Hukum membayar mahar adalah wajib walaupun salah seorang darinya meninggal dunia selepas akad tetapi belanja tidak. Kedudukan belanja sama ada merupakan hadiah (untuk memuliakan isteri) atau hibah (yang boleh diambil balik) atau sedekah (biasanya diberikan kepada orang miskin dan tidak boleh diambil balik).   

Ø      Adakalanya apabila berlaku perceraian mahar dibahagi dua tetapi belanja tidak. Ini pastinya merugikan suami.   

q       Sebaik-baiknya mahar ialah yang paling mudah (atau murah/rendah)   

q       Sebaik-baik ditentukan mengikut kemampuan suami dan mengikut penilaiannya terhadap isterinya sebelum dipersetujui oleh bakal isteri atau wakilnya.   

q       Hukum mahar adalah wajib selepas akad nikah.  

     

      Pihak isteri berhak menuntut dibayar mahar kepadanya sebelum jimak dan berhak tidak melayani suaminya untuk jimak sebelum dibayar mahar.

 

 

 

 
KULIAH BULANAN
Siapa ditalian
7 user(s) are online (1 user(s) are browsing Kandungan)

Members: 0
Guests: 7

more...
RUANGAN IKLAN
Ruangan Iklan untuk tempahan.
Sila hubungi Ustaz Alias di email:
admin@mkgraja.com
Ahli Baru
asraf
asraf
2014/2/18
bilal2 2014/2/4
dinmehat
dinmehat
2014/1/15
rafai
rafai
2014/1/15
mazlandesa 2011/10/17
Themes

(3 themes)